Assalamualaikum...

Friday, January 28, 2011

SEMALAM YANG PERGI..

SEBENARNYA...
MALAM ITU KAU DATANG..
MENJEMPUT..
DALAM KEPEKATAN MALAM..
MEMBAWAKU PERGI..

NAMUN SEMANGATKU MASIH KUAT..
YA..AKU NAMPAK KAU TERPACAK BERDIRI DISITU..
AKU NAMPAK SEGALANYA DALAM SAMAR..

TAPI AKU BELUM MAU SAMPAI KE NOKTHAHNYA..
KERANA TANGGUNGJAWABKU BELUM SELESAI..
AKU TETAP AKAN TERUS MERINTIH..
MESKIPUN KAU MAU MEMBAWA AKU PERGI..

NORA ABADI
27/01/2011
ICU WAD SMC..

Friday, December 10, 2010

HIKMAH TERAPI ISTIGFAR

Sedikit cerita ini kita kongsi bersama..satu hari seorang wanita berasa sangat sedih..atas kehidupan yang dilalui..satu persatu peristiwa melukakan dan dugaan melanda kehidupannya..wang ringgit yang datang selalu yang diberikan oleh Allah kepadanya..hanya singgah sebentar diakaun simpanannya..seterusnya akan disalurkan kepada masalah-masalah yang tidak terduga.

lalu dia berkata..ya Allah ada lagi ka ujian selepas ini? begitulah pertanyaan demi pertanyaan menghantui hidupnya..dia merupakan seorang pelajar psikologi kaunseling yang mendapat markah yang baik dalam subjek-subjek terapi dan teori-teori kaunseling.

Pada satu malam yang penuh kesedihan...dia tidak dapat melelapkan mata...lalu dia mencapai beberapa buku psikologi terapi dan pelbagai buku-buku kaunseling. Barangkali suda tiba masanya aku aplikasi apa yang telah kupelajari selama ini..apakah teknik menghilangkan dan mengurangkan kerisauan dan depresi..pelbagai teknik dan inilah yang akan kuberikan kepada klien nanti bila aku sudah bergelar kaunselor..

Sepanjang malam dia menghabiskan masa untuk mengkaji semula apa yang telah dipelajari..memang benar pelbagai permasalahan banyak jalan penyelesaiannya..manusia itu unik..dan berpotensi untuk mencari jalan keluar setiap permasalahan yang dilalui..

Ketika hampir subuh..dia sudah letih mencari apakah teknik yang sesuai dengan masalah yang dihadapinya...mana jalan keluarnya?bentaknya...

Akhirnya dia memilih teknik REBT.iaitu dia akan menilai pemikiran yang tidak rasional..yang menjadi punca depresi...

Tiba-tiba dia menangis teresak-esak..ya Allah aku tidak dapat berfikir dan menilai sendiri mana perasaan yang tidak rasional itu...mana kepintaranku menilai pemikiranku..mana kewarasan pemikiran yang telah kau kurniakan kepadaku..apakah aku mahu menjadi orang yang hilang pertimbangan..

Ya Allah ya Tuhanku...tolong aku..aku mahu mencari kecelikan akal fikiran..aku tahu caranya..aku tahu tekniknya..tapi aku tidak dapat berfikir ketika ini ya Allah..

Astagfirullahalzim....lalu perkataan ini ..diulang oleh wanita tersebut berkali-kali...hinggalah dia hampir terlelap..kemudian tersedar semula..kemudian..menangis semula...dan beristigfar semula...

Hanya itu yang mampu dilakukanya..akhirnya dia terlelap..

Pagi itu ketika azan subuh berkumandang dia bangun dan beristigfar lagi...
akhirnya dia tersenyum..

Inilah terapi Istigfar..hikmah disebalik terapi Istigfar banyak..
Ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu seperti wanita ini...

Semoga cerita ini memberi manfaat kepada kita semua...

Wednesday, December 8, 2010

1 MUHARRAM DETIK PERMULAAN

Setiap hari ada ceritanya,suka dan duka silih berganti,ujian demi ujian kita lalui.Kadang-kadang kehidupan yang dilalui tidak tahu apa maknanya..

Apakah makna kehidupan ini sebenarnya? entahlah esok adalah perjuangan yang baru bermula..mari kita tinggalakan segala kenangan yang menyakitkan. Lupakan segalanya..

Tapi dapatkah kita lupakan begitu saja...bagaimana kita mahu melupakan sesuatu yang begitu menyakitkan..mari kita buang jauh-jauh segalanya ke alam tidak sedar...

Esok tahun baru..kita mulakan hidup baru..

Thursday, October 21, 2010

Bila Isteri Menangis

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya
yang disebabkan perbuatanmu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi kamu dan anak2mu…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang solehah
dan sebarkan ini kepada seluruh SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA.
dan sesungguhnya isteri mu sangat BERHARGA.

Jangan sia-sia kan dia.
Hiburkan hatinya.
Bahagiakan dia.

InsyaAllah, rumahtangga mu akan bahagia dan ceria ;) :)

Hai kawan..sekadar RELAX..kita lihat penguin ini..

PEJAMKAN MATA..SEKETIKA..

Bila Jiwa Resah..

Bila jiwa resah...

Saat-saat menyelesaikan tugasan-tugasan yang tidak selesai..

Kawan-kawan..adakah anda menangis..marah..penat..atau anda tersenyum...???

hantarkan komen..anda..ada carta emosi untuk anda semua...