Assalamualaikum...

Friday, December 10, 2010

HIKMAH TERAPI ISTIGFAR

Sedikit cerita ini kita kongsi bersama..satu hari seorang wanita berasa sangat sedih..atas kehidupan yang dilalui..satu persatu peristiwa melukakan dan dugaan melanda kehidupannya..wang ringgit yang datang selalu yang diberikan oleh Allah kepadanya..hanya singgah sebentar diakaun simpanannya..seterusnya akan disalurkan kepada masalah-masalah yang tidak terduga.

lalu dia berkata..ya Allah ada lagi ka ujian selepas ini? begitulah pertanyaan demi pertanyaan menghantui hidupnya..dia merupakan seorang pelajar psikologi kaunseling yang mendapat markah yang baik dalam subjek-subjek terapi dan teori-teori kaunseling.

Pada satu malam yang penuh kesedihan...dia tidak dapat melelapkan mata...lalu dia mencapai beberapa buku psikologi terapi dan pelbagai buku-buku kaunseling. Barangkali suda tiba masanya aku aplikasi apa yang telah kupelajari selama ini..apakah teknik menghilangkan dan mengurangkan kerisauan dan depresi..pelbagai teknik dan inilah yang akan kuberikan kepada klien nanti bila aku sudah bergelar kaunselor..

Sepanjang malam dia menghabiskan masa untuk mengkaji semula apa yang telah dipelajari..memang benar pelbagai permasalahan banyak jalan penyelesaiannya..manusia itu unik..dan berpotensi untuk mencari jalan keluar setiap permasalahan yang dilalui..

Ketika hampir subuh..dia sudah letih mencari apakah teknik yang sesuai dengan masalah yang dihadapinya...mana jalan keluarnya?bentaknya...

Akhirnya dia memilih teknik REBT.iaitu dia akan menilai pemikiran yang tidak rasional..yang menjadi punca depresi...

Tiba-tiba dia menangis teresak-esak..ya Allah aku tidak dapat berfikir dan menilai sendiri mana perasaan yang tidak rasional itu...mana kepintaranku menilai pemikiranku..mana kewarasan pemikiran yang telah kau kurniakan kepadaku..apakah aku mahu menjadi orang yang hilang pertimbangan..

Ya Allah ya Tuhanku...tolong aku..aku mahu mencari kecelikan akal fikiran..aku tahu caranya..aku tahu tekniknya..tapi aku tidak dapat berfikir ketika ini ya Allah..

Astagfirullahalzim....lalu perkataan ini ..diulang oleh wanita tersebut berkali-kali...hinggalah dia hampir terlelap..kemudian tersedar semula..kemudian..menangis semula...dan beristigfar semula...

Hanya itu yang mampu dilakukanya..akhirnya dia terlelap..

Pagi itu ketika azan subuh berkumandang dia bangun dan beristigfar lagi...
akhirnya dia tersenyum..

Inilah terapi Istigfar..hikmah disebalik terapi Istigfar banyak..
Ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu seperti wanita ini...

Semoga cerita ini memberi manfaat kepada kita semua...

No comments:

Post a Comment